![[VIDEO] ‘Bila Tengok Bayi Rasa Nak, Tapi Tengok Keadaan Tak Larat Dah’ – Siti Nurhaliza](https://media.ohbulan.com/2025/04/ctdk-1.jpg)

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui teringin untuk menambah bilangan cahaya mata namun, keadaan tidak mengizinkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Jadi Pencari Jodoh, ‘Kenen’ Zizan Dengan Bodyguard – ‘Dia Pun Orang Terengganu, Tak Gaduh Nak Balik Kampung’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Bersedia Untuk Berbincang, Terbuka Untuk Bagi 11 Lagu Kepada Penyanyi Lain
Tambah anak
@tyaarifinnw Haa mak iti @Siti Nurhaliza mana tahu rezeki kami dapat adik lagi?? . #fyp #sitinurhaliza #tyaarifin ? Funny – Gold-Tiger
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menghadiri majlis ulang tahun kelahiran cucunya, Arif Jiwa.
Pada perkongsian itu, Siti dilihat mesra mendukung anak bongsu menantunya, Tya iaitu Aghnia Amira Jiwa.
Dalam pada itu, Siti akui teringin untuk menambah cahaya mata, namun tidak lagi berupaya di usia yang hampir mencecah 50 tahun itu.
Kalau tengok, rasa teringin.
Tapi bila tengok balik keadaan, tak larat dah.
Cukup lah. Main dengan cucu saja.
‘Nenek awak Siti Nurhaliza dik’




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui anak bongsu Tya yang memiliki nenek seperti Siti Nurhaliza. Selain itu, warganet turut memuji pelantun lagu Purnama Merindu itu yang masih muda dan mampu untuk menambah cahaya mata.
Sumber: TikTok @TyaAriffin








