Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih perhatian apabila berseloroh untuk menjodohkan pelakon dan penyanyi, Zizan Razak dengan pengawal peribadinya.

Artikel Berkaitan: Zizan Razak Tak Terfikir Nak ‘Get Back’ Dengan Emma Maembong, Akui Banyak Kenangan Bersama Ketika Bercinta Dulu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Bersedia Untuk Berbincang, Terbuka Untuk Bagi 11 Lagu Kepada Penyanyi Lain

Zizan dengan bodyguard

@rosmadiothman Zizan di jodoh kan dengan Mimi… #sitinurhaliza #masukberandafyp #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #foryoupage #foryou #trending ? bunyi asal – Rosmadi Othman

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dilihat menghadiri Majlis TikTok Shop Raikan Raya bersama para barisan selebriti yang lain.

Apa yang meraih perhatian apabila Siti berseloroh menyuruh pelantun lagu ‘Chentaku’ itu sama-sama menjadi pengawal peribadinya.

Jodoh dengan Mimi, bodyguard saya.

Orang terengganu juga, senang tak payah gaduh balik kampung.

Mimi semua boleh.

Nanti kita kenalkan.

Kalau Zizan kahwin dengan Mimi, sama-samalah jadi bodyguard saya.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kerenah pelantun lagu ‘Purnama Merindu’ itu yang menjadi ‘tukang kenen’. Selain itu, warganet turut memuji ketawa Siti yang dikatakan merdu.

Sumber: TikTok @RosmadiOthman