Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan berita tiga pelajar undang-undang dari universiti awam terlibat dalam sebuah kemalangan langgar lari di Batu Tiga, Shah Alam dalam perjalanan pulang dari menonton perlawan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Ianya lebih tragis apabila seorang daripada mereka meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Terbaru, seorang lelaki juga merupakan teman rapat si mangsa, Chad berkongsi luahan hatinya tentang mangsa. Luahan hatinya itu menyentuh hati netizen.
Segalanya tentang dirimu
Assalamualaikum, Nisa. Saya tahu awak tidak akan membacanya tapi saya hanya mahu menulis sesuatu yang semua orang perlu tahu tentang awak. Pertama sekali, awak adalah gadis yang paling comel yang pernah saya jumpa. Tawa awak, emosi awak, gaya awak, semuanya membuatkan saya cair seperti McFlurry di bawah cahaya matahari. Awak yang kurang yakin dengan diri sendiri dan saya harap segala nasihat saya “sapa bilang kau bida! Buta la dia tuh!” atau “Eee bencinya asal nisa humble sangat ni” buatkan awak sentiasa bahagia.
Kedua, semua orang perlu tahu yang awak seorang yang kuat. Nisa anak sulung dan datang ke sini jauh dari Labuan untuk mengejar impian awak. Awak simpan semua kesedihan awak dengan terus tersenyum depan orang lain. Awak tak pernah tak happy untuk orang lain dan selalu ceriakan orang lain.
Ketiga, perkara yang perlu awak tahu ialah saya sangat cintakan awak. Saya tak pernah anggap “sayang” atau “cinta” sebagai sesuatu mudah yang kita boleh buat main macam budak-budak. Setelah kita berdua dah mencecah 19, saya memang nak panggil awak “sayang” atau “honey” atau “sweetheart” bila tiba masanya. Tapi hari ini, saya menyesal kerana saya tidak pernah berpeluang mengungkapkannya dan membuatkan awak rasa dicintai.
Semua orang sayangkan awak
Nisa, semua orang sayangkan awak. Masa kejadian itu, semua orang datang. Semua orang sayangkan awak. Nisa, saya nak awak tahu yang saya dah banyak berubah sebab awak. Sebelum ini, saya tidak kisah tentang apa-apa pun. Akademik, sukan, apa-apa saja. Tapi, selepas berjumpa awak, saya terus simpan cita-cita. Khairunisa, awak telah ubah saya dan disebabkan itu, saya mahu menjadi diri saya yang lebih baik lagi.
Walaupun awak dah pergi, kawan awak Niswah bagi tahu saya awak nampak tenang. Sangat tenang. Kami kat sini sentiasa doakan awak, dan menerima pemergian awak dengan hati yang terbuka. Sumpah, pertama kali dalam hidup saya mencintai seseorang sampai ke tahap ini. Saya harap, kesakitan hati ini akan menjadi sebuah memori yang indah dalam hidup saya. Nisa, semoga awak tenang kat sana. Allah lebih menyayangi awak. Saya akan sentiasa mencintai awak sehingga akhir hayat saya dan awak akan sentiasa menjadi si bunga matahari saya. Selamat Tinggal, Khairunisa Jaffri. Al-Fatihah.
Netizen sebak
Sumber: Chad