berita

Gadis Meninggal Dunia Dilanggar Lari, Luahan Hati Pemuda Ini Buat Netizen Sebak..

December 15th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan berita tiga pelajar undang-undang dari universiti awam terlibat dalam sebuah kemalangan langgar lari di Batu Tiga, Shah Alam dalam perjalanan pulang dari menonton perlawan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Ianya lebih tragis apabila seorang daripada mereka meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Terbaru, seorang lelaki juga merupakan teman rapat si mangsa, Chad berkongsi luahan hatinya tentang mangsa. Luahan hatinya itu menyentuh hati netizen.

Segalanya tentang dirimu

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum, nisa ??? I knew you can’t read this but I just want to write a thing that everyone should know about you. First of all, you’re the cutest girl I’ve ever met ? Your laughs, your emotions, your act, all of it really melt me down like a McFlurry under the sunlight ? You just insecure, and I hope, all of my advice that sounds like “sapa bilang kau bida! Buta la dia tuh!” or “Eee bencinya asal nisa humble sangat ni” really make you happy and comfortable ? Second, everybody needs to know that you’re a strong girl?? Nisa anak sulung, and came here far away from Labuan to chase your dreams ?You kept all the sadness you had and kept smiling to others. Awak tak pernah tak happy untuk orang lain, and selalu ceriakan orang lain?? The third thing I want you to know is, I love you very much ?? I’ve never took “sayang” or “cinta” as a simple words yang kita boleh buat main macam budak-budak. After all we’re both 19 ?I really intend to call you “baby” or “honey” or “sweetheart” when the time come. But today, I’m regretting this bcs I’ve never said it to make you blush and feel loved ? Nisa, everyone loves you. The day you got hit, all of your family and friends came. Everybody cares about you. Nisa, I want you to know that, saya dah banyak berubah sebab awak. Before this, I really doesn’t ambil kisah about everything. Academic, sports, whatever. But, since I met you, I’ve set up my goals ?Khairunisa, you changed me a lot. And bcs of that, I want to become a better me? Even when you left, your friend Niswah told me that awak nampak tenang. Sangat tenang ? Kami kat sini sentiasa doakan awak, dan menerima pemergian awak dengan hati yang terbuka. Sumpah, first time in my life, I’ve never sayang a person sampai ke tahap ini? and I hope this pain will turn out to be a beautiful memory for me ? Nisa, semoga awak tenang kat sana. Allah lebih menyayangi awak. I will love you till my last breath too, and you will always be my sunflower ?Goodbye, Khairunisa Jaffri. You’re my hardest goodbye :’) Al-Fatihah ???

A post shared by chad (@irsyadtarudin) on

Assalamualaikum, Nisa. Saya tahu awak tidak akan membacanya tapi saya hanya mahu menulis sesuatu yang semua orang perlu tahu tentang awak. Pertama sekali, awak adalah gadis yang paling comel yang pernah saya jumpa. Tawa awak, emosi awak, gaya awak, semuanya membuatkan saya cair seperti McFlurry di bawah cahaya matahari. Awak yang kurang yakin dengan diri sendiri dan saya harap segala nasihat saya “sapa bilang kau bida! Buta la dia tuh!” atau “Eee bencinya asal nisa humble sangat ni” buatkan awak sentiasa bahagia.

Kedua, semua orang perlu tahu yang awak seorang yang kuat. Nisa anak sulung dan datang ke sini jauh dari Labuan untuk mengejar impian awak. Awak simpan semua kesedihan awak dengan terus tersenyum depan orang lain. Awak tak pernah tak happy untuk orang lain dan selalu ceriakan orang lain.

Ketiga, perkara yang perlu awak tahu ialah saya sangat cintakan awak. Saya tak pernah anggap “sayang” atau “cinta” sebagai sesuatu mudah yang kita boleh buat main macam budak-budak. Setelah kita berdua dah mencecah 19, saya memang nak panggil awak “sayang” atau “honey” atau “sweetheart” bila tiba masanya. Tapi hari ini, saya menyesal kerana saya tidak pernah berpeluang mengungkapkannya dan membuatkan awak rasa dicintai.

Semua orang sayangkan awak

Nisa, semua orang sayangkan awak. Masa kejadian itu, semua orang datang. Semua orang sayangkan awak. Nisa, saya nak awak tahu yang saya dah banyak berubah sebab awak. Sebelum ini, saya tidak kisah tentang apa-apa pun. Akademik, sukan, apa-apa saja. Tapi, selepas berjumpa awak, saya terus simpan cita-cita. Khairunisa, awak telah ubah saya dan disebabkan itu, saya mahu menjadi diri saya yang lebih baik lagi.

Walaupun awak dah pergi, kawan awak Niswah bagi tahu saya awak nampak tenang. Sangat tenang. Kami kat sini sentiasa doakan awak, dan menerima pemergian awak dengan hati yang terbuka. Sumpah, pertama kali dalam hidup saya mencintai seseorang sampai ke tahap ini. Saya harap, kesakitan hati ini akan menjadi sebuah memori yang indah dalam hidup saya. Nisa, semoga awak tenang kat sana. Allah lebih menyayangi awak. Saya akan sentiasa mencintai awak sehingga akhir hayat saya dan awak akan sentiasa menjadi si bunga matahari saya. Selamat Tinggal, Khairunisa Jaffri. Al-Fatihah.

Netizen sebak

Sumber: Chad

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×