berita

Disingkirkan Dari Group Whatsapp, Bekas Pembantu Najib Bakal Saman Admin

January 3rd, 2019 | by faris
Kini Trending

Kumpulan Whatsapp sering kali digunakan untuk menjadi medium bagi menyebarkan sesuatu info dengan cepat, senang dan percuma. Sudah menjadi kebiasaan untuk mempunyai pelbagai kumpulan Whatsapp untuk tujuan pejabat, universiti mahupun penduduk taman.

Gara-gara disingkirkan dari kumpulan Whatsapp penduduk, bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil mengugut mahu menyaman pengendali kumpulan tersebut. Hal itu diluahkan di Facebooknya, semalam.

Admin ‘panas’ baca artikel

Isham Jalil mendakwa dia disingkirkan dari kumpulan berkenaan kerana berkongsi artikel yang mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dia berkata, tindakan berkenaan adalah satu bentuk diskriminasi dan pilih kasih kerana dia tidak lagi boleh mendapatkan isu terkini di kejiranan di Presint 10 Putrajaya walaupun mempunyai sebuah rumah di sana.

Saya tahu undang-undang. Dan saya tahu hak saya. Saya akan memfailkan saman ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Saya pasti ini adalah kerana desakan daripada penyokong-penyokong Kerajaan PH atau admin sendiri yang tidak tahan dan ‘panas’ apabila membaca artikel-artikel dan hujah-hujah berfakta yang saya tulis yang tidak menyebelahi mereka.

Kena singkir kerana pendirian politik

Tambahnya lagi, banyak pos anti Barisan Nasional telah dipos sebelum Pilihan Raya Umum 14 lalu namun tiada seorang pun dikeluarkan dari kumpulan aplikasi berkenaan. Dia mendakwa tindakan pengendali berbuat demikian keran penyokong kerajaan terkini tidak selesa dengannya.

Selama ini terutama sebelum pilihanraya umum ke-14 banyak posting-posting anti-BN dan maki hamun serta cerca kepada bekas Perdana Menteri pada ketika itu dalam Whatsapp group ini tetapi tiada siapa pun di-removed daripada whatsapp group tersebut.

Kini apabila saya posting dan mengkritik dengan fakta saya telah di-removed kerana penyokong kerajaan panas dan tidak selesa.

Oleh itu admin dan beberapa orang dalam persatuan penduduk penyokong PH ini telah remove saya atas sebab pendirian politik saya.

Sumber: Isham Jalil

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×