Rancak dibincangkan di laman sosial mengenai tindakan bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan, Ahad lalu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dalam satu sidang media mendakwa penglibatan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein dengan lantikan Agong baru.
Dakwa Mat Sabu, Hishammuddin pengaruhi Raja-raja Melayu
https://www.youtube.com/watch?v=vA0TexbKRnc
Video yang dimuatnaik di Youtube Raja Petra Kamaruddin itu memaparkan Lokman Adam yang disertai ahli badan bukan kerajaan (NGO) pemantau kerajaan Pakatan Rakyat.
Dakwa Lokman, Perdana Menteri Tun Mahathir telah campur tangan dalam urusan lantikan Agong seterusnya dengan mengarahkan Mat Sabu dan Hishammuddin melobi Raja-raja Melayu supaya Sultan Johor tidak dilantik sebagai Agong seterusnya.
Lokman Adam menyifatkan tindakan tersebut tidak beradab kerana ahli politik mencampuri urusan istana tidak kiralah dari mana-mana pihak kerajaan atau pembangkang.
Dia juga mendakwa Perdana Menteri cuba mengaibkan Sultan Johor ketika proses undian bagi melantik Yang di-Pertuan Agong yang baru.
Terang-terang tak betul
Hishammuddin menerusi Twitternya menyangkal dakwaan itu dan sempat menempelak Lokman Adam yang pernah digelar mempunyai intelek seperti lobak merah oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Tweet berkenaan turut menerima lebih 200 RT dan likes dari pengguna laman sosial berkenaan.
Always a carrot
Hishammuddin diminta lapor polis tuduhan fitnah
Sumber: Hishammuddin Hussein