Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan pencemaran di Pasir Gudang Johor yang telah menyebabkan ratusan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang di kejarkan ke hospital. Gas methana yang beracun itu telah dibuang ke kawasan sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi Facebook Noor Atikah Daud, ibu kepada salah seorang mangsa yang terhidu gas beracun itu berkongsi kisah sedih dan perbualan terakhir bersama anaknya itu. Anaknya, Affza Balqis Ahmad Sharel, 14, telah di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) dan masih tidak sedarkan diri serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Facebook yang mengenaliku ataupun tidak. Mohon solat hajat dan doa dari kalian semua untuk Allah berikan kesembuhan buat anakandaku yang dikasihi Affza Balqis Ahmad Sharel panggilan manja ‘Adik’, 14 tahun dari SMK Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang
Dia kini dalam keadaan kritikal di Icu Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yang menular di pasir gudang (perbuatan pihak yang tidak bertangungjawab) sekarang mengakibatkan majoriti mangsa-mangsanya adalah anak-anak sekolah yang tak berdosa.
Ummi Bapa redha dengan ujian Allah
Masih terngiang-ngiang ditelingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian 12/3/19.
Adik: Ummi, adik cantik kan? (sambil peluk dan cium ummi dengan manja)
Ummi: Ya syg, adik cantik sangat-sangat tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik-cantik niat kerana Allah tau.
Adik: Ya ummi. (sambil ku kucup dahinya)
Dengan bapanya pula dia cium dan peluk erat-erat sambil berkata adik nak peluk bapa (seorang anak yang manja dan taat pada ibubapa). Ummi bapa redha dengan ujian Allah ini tapi bila ummi bapa tengok adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan dan segala macam alat membuatkan hati ummi bapa lemah dan longlai seluruh anggota. Ummi bapa hanya mampu menadah tangan pada yang Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik syg.
Netizen beri kata-kata semangat
Sumber: Noor Atikah Daud