Di TikTok, tindakan seorang pegawai polis yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 bersama beberapa orang tahanan telah mencuri tumpuan orang ramai.

Artikel Berkaitan: Anggota Polis Maut Kemalangan, Tak Sempat Pulang Jumpa Anak Demam

Artikel Berkaitan: Penganjur & Polis Antara Individu Bakal Didakwa Isu Rusuhan Bola Sepak Indonesia

Tengok piala dunia dengan tahanan

Menerusi video yang dimuat naik itu, dilihat pegawai berkenaan sedang memasang siaran perlawanan bola sepak terbabit di komputer riba dan disaksikan oleh beberapa tahanan disebalik tirai besi.

Video dengan kapsyen ‘pentingnya memanusiakan manusia’, yang dikongsikan oleh pegawai polis itu sendiri di akaun TikTok miliknya menjadi viral sekali gus meraih pujian warganet. Di ruang komen, video berdurasi 28 saat itu berjaya mengundang pelbagai respon dari orang ramai yang rata-ratanya memuji tindakan pegawai berkenaan.

Setakat ini, video tular tersebut telah berjaya meraih lebih 5 juta tontonan dan kira-kira 7,824  respon positif daripada wargamaya.

Video

https://www.tiktok.com/@gust14r/video/7168548256295783707?_t=8XcW8PloGdG&_r=1 

Sumber: TikTok