berita

Penganjur & Polis Antara Individu Bakal Didakwa Isu Rusuhan Bola Sepak Indonesia

October 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, lebih daripada 120 individu dilaporkan maut selepas kekecohan dan keganasan susulan perlawanan liga bola sepak di Indonesia, pada awal bulan yang lalu.

Artikel berkaitan: Dakwa Pihak Berkuasa Lepas Gas Pemedih Mata Sebagai ‘Pembunuh’, Lelaki Hilang 3 Anak Saudara Dalam Rempuhan Stadium Di Indonesia

Berikutan daripada itu, enam individu termasuk polis dan penganjur perlawanan berdepan tindakan undang-undang.

Penganjur dan polis akan didakwa

Menurut Ketua Polis, Listyo Sigit Prabowo, kejadian di wilayah Malang, Jawa Timur itu adalah kejadian rusuhan terburuk yang pernah berlaku. Ratusan penyokong dikatakan cuba melarikan diri dari rusuhan di stadium dan tembakan gas pemedih mata dilepaskan polis. Hal itu menyebabkan situasi bertambah buruk apabila beberapa pintu keluar berada dalam keadaan berkunci.

Penganjur dan polis antara individu yang disiasat dan lebih ramai lagi akan didakwa. Mereka akan didakwa dengan kecuaian sehingga menyebabkan kematian iaitu dakwaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Suspek termasuk tiga pegawai polis kerana menggunakan gas pemedih mata, ketua jawatankuasa penganjur dan ketua pegawai keselamatan kelabPolis berkata, pegawai kelab tidak mengikut peraturan keselamatan dan membenarkan jumlah penonton melebihi kapasiti stadium tuan rumah, Arema FC.

Terdahulu, kerajaan Indonesia telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan dalang kejadian itu. Bukan itu sahaja, Presiden Joko Widodo mengarahkan audit terhadap semua stadium di negara itu bagi memastikan ia mematuhi peraturan keselamatan, sambil menambah bahawa pintu berkunci dan tangga yang curam menjadi faktor insiden di stadium di Malang itu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×