Tidak dapat dinafikan lagi drama Nur 2 arahan Shahrulezad kembali mendapat perhatian rakyat Malaysia dan trending di Twitter selepas episod pertama mula ditayangkan semalam. Pasti ramai menanti akan konflik yang bakal dihadapi keluarga Ustaz Adam ini.
Disebalik sambutan positif ini, ada pihak menegur drama Nur 2 episod pertama mengenai ayat bacaan Al-Quran yang dibaca Raja Atiq terdapat beberapa kesalahan besar. Bagaimanapun, Shahrulezad tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf akan khilaf tersebut.
Menyemak terlebih dahulu bacaan Al-Quran
Kpd tuan penerbit @tv3malaysia, saya berharap tuan dpt menyemak terlebih dahulu bacaan Al-Quran pd awal babak ep. 1 kerana terdapat bbrp kesalahan yg besar dan jelas. Petikan bacaan dari Surah Ali-Imran (96-99) pic.twitter.com/5oLA6x2YH1
— Afifi Hassan (@pipi_shoubrawi) April 2, 2019
Pengguna Twitter, Afifi Hassan tampil menegur pengarah drama Nur 2 akan kesilapan pada bacaan Al-Quran menerusi surah Ali Imran ayat 96-99. Bacaan ayat suci Al-Quran ini dibaca oleh Raja Atiq sebagai pembukaan untuk drama ini di episod yang pertama.
Moga lebih peka di masa akan datang
Rakam semula bacaan ayat Al-Quran itu
Sementara itu, Shahrulezad tampil memohon maaf akan kesilapan pada bacaan ayat Al-Quran itu dan telah mengarahkan pihak produksi untuk merakam semula bacaan Al-Quran tersebut. Penyuntingan terbaharu itu akan dimuatnaik dan ditayang semula di tonton.com dan iflix. Dia turut mengambil teguran dari penonton sebagai pengajaran dan menganggap kesilapan ini adalah dari kecuaian dirinya sendiri.
Anyway abam dah arah pun pihak produksi untuk merakam semula baca ayat Alquran itu dengan betul dan gantikan semula utk tayangan di tonton.com dan iflix. Yang khilaf dari abam. Sekali lagi abam dengan rendah memohon ampun dan maaf di atas kecuaian ini.
Tidak sengaja saya terbaca sebegitu
Kita rakam balik dan tampal
Terbaik reaksi abang!
Sumber: Budak Ijat