Netizen negara jiran Indonesia heboh memperkatakan laporan satu kes buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah (SMP) di Pontianak, Kalimantan Barat, seperti dilaporkan media tempatan.
Mangsa, yang dikenali sebagai Audrey cedera teruk setelah dibelasah sekumpulan 12 remaja, pada 29 Mac lalu, menurut laporan.
Dipercayai berpunca masalah cinta
Media negara itu melaporkan kumpulan 12 remaja itu bersekongkol membelasah mangsa hanya kerana komen-komen di Facebook. Semuanya bermula dengan isu cinta.
Menurut Timbalan Ketua Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak Kalimantan Barat, Tumbur Manalu, Audrey menjadi mangsa keadaan kerana sepupunya adalah bekas teman lelaki salah seorang suspek.
Semuanya bermula dengan masalah cinta. Menurut info yang kami terima, sepupu mangsa adalah bekas teman lelaki salah seorang penyerang. Mereka telah berbalas komen di laman sosiak sehingga salah seorang daripada mereka menjemput mangsa ke satu tempat kerana tidak berpuas hati.
Suspek bersama sebelas rakannya pergi ke rumah mangsa dan menjemputnya untuk berbincang, namun mereka membawanya ke satu taman yang sunyi di mana mangsa diserang bertubi-tubi.
Mangsa hanya memaklumkan ibu bapanya pada Jumaat lalu dan dimasukkan ke hospital untuk merawat luka di kepala dan dada pada Isnin.
Kemaluan ditusuk
Sempat selfie di balai polis
Netizen lancar petisyen
Pengguna laman sosial turut bersolidariti untuk memastikan keadilan ditegakkan ke atas mangsa dengan melancarkan pengumpulan tanda tangan di laman web petisyen change.org. Setakat ini, sejumlah lebih 800 ribu tanda tangan dikumpul dari sejuta tanda tangan sasarannya.
Menurut portal coconuts.co, polis negara itu sudah menerima laporan kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Twitter, coconuts.co, detik, Kompas