Sempena ulang tahun kelahiran Rayfal atau nama sebenarnya Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram yang ke-6, pelakon, Fasha Sandha, telah mengadakan sebuah majlis sambutan yang istimewa buat putera sulungnya itu. Majlis yang dihadiri keluarga, rakan-rakan dan juga ramai kanak-kanak itu ternyata sungguh meriah. Wow bestnya!
Kami kongsikan beberapa foto di sekitar majlis ulang tahun kelahiran Rayfal . Segak betul Rayfal!
Happy birthday Rayfal
Rayfal bersama daddy, abang dan adiknya
Ucapan istimewa daddy
https://www.instagram.com/p/BwR1_6NnYvB/
Menerusi Instagram Rizal Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai, dia sempat berkongsi detik kelahiran Rayfal. Menurutnya, detik kelahiran anaknya itu merupakan detik yang terindah buat dirinya dan bekas isteri. Selain itu, dia juga meluahkan bahawa Rayfal, Jemyma dan Rayqal adalah segala-galanya buat dirinya. Mereka bertiga telah mengajarnya erti cinta dan cara sebenar untuk menjadi seorang bapa. Sebagai ucapan bersempena hari ulang tahun Rayfal, dia mendoakan anaknya itu menjadi orang yang bertanggungjawab, kuat, bersemangat, baik hati dan juga penyabar.
Ucapan Fasha Sandha
https://www.instagram.com/p/BwQ9Ru8lAGz/
Sumber: Fasha Sandha & Rizal Ramli