Sebelum ini isteri kepada PU Abu Sufyan, Ain Afni mendedahkan dia telah diceraikan suaminya itu melalui aplikasi WhatsApp. Pendakwah muda dari program realiti dakwah itu kemudiannya didakwa telah bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.
Terbaru, menerusi laporan Sinar Harian, lafaz talak yang telah dibuat PU Abu bertarikh 13 Mac lalu menerusi WhatsApp adalah tidak sah pada sebutan kes hari ini.
Lafaz talak tidak sah
PU Abu dan Ain Afni hari ini menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang bagi prosiding kes cerai antara mereka. Bagaimanapun, setelah prosiding dilakukan mendapati lafaz talak PU Abu adalah tidak sah dan keputusan itu dibuat Hakim Syafie, Mohd Nuruazhar Tohar.
Dalam sumpah yang dibuat PU Abu sebentar tadi mengaku tidak berniat dengan menghantar mesej untuk menceraikan Ain Afni melalui tulisan di aplikasi tersebut, “Ain Afni, saya cerai awak”.
Hakim: Kamu sedar pada masa itu?
PU Abu: Sedar
Hakim: Adakah kamu dipaksa?
PU Abu: Keadaan yang memaksa
Hakim: Tetapi kamu tidak dipaksa?
PU Abu: Tiada
Menerusi perbualan antara Hakim Syafie dan PU Abu ini adalah bagi memastikan tindakan PU Abu itu tidak dipaksa oleh mana-mana pihak dan dalam keadaan sedar. Ternyata, tindakan PU Abu ketika itu tiada paksaan dari mana-mana pihak dan dia seolah menyalahkan keadaan yang memaksa dia berbuat demikian.
Mengakui tiada sebarang niat
Hakim: Kamu ada niat untuk menceraikan isteri sewaktu menghantar mesej tersebut?
PU Abu: Tidak. Saya tidak berniat untuk menceraikannya
Hakim: Ada kamu lafaz yang lain?
PU Abu: Tidak ada
Hakim: Kami sanggup bersumpah?
PU Abu: Iya.
Malah, PU Abu turut mengakui dia tidak ada sebarang niat untuk menceraikan isterinya, Ain Afni sewaktu mengambil keputusan menaip dan menghantar mesej tersebut. Menerusi WhatsApp yang dihantar PU Abu juga meminta agar Ain Afni untuk menguruskan borang penceraian.
Selepas dia lafaz, dia ada WhatsApp sila selesaikan borang penceraian.
Saya masih sayangkan dia
Sementara itu, PU Abu mengakui yang dia masih ada perasaan sayang terhadap wanita itu dan akan bertanggungjawab terhadap anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Dia turut memohon maaf terhadap Ain Afni dan keluarga mertua.
Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri. Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri.
Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat.
Sumber: Sinar Harian