Baru-baru ini viral di media sosial dakwaan curang membabitkan pelakon Aliff Aziz dengan seorang gadis Tiktok yang dikenali dengan nama Nismell. Turut menerima kecaman hebat adalah keluarga mereka sendiri yang terpalit dengan kontroversi melanda.
Walau bagaimanapun, menurut bapa Aliff Aziz perkara sebegini sudah biasa berlaku. Dia turut akui keadaan dirinya okay sahaja melainkan isterinya yang tertekan menjawab panggilan ramai orang.
Warganet sahaja yang lebih-lebih
Menerusi Utusan Online, Aziz Sapdan menjelaskan keluarga mereka menerima dengan tenang kontroversi yang melanda anaknya itu.
Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun. Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa.
Ibu Aliff stress
Walau bagaimanapun, isterinya tertekan kerana terpaksa menjawab segala persoalan daripada media.
Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stres di rumah. Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga
Hanya doakan yang terbaik buat anak menantu
Sementara itu, menerusi temubual bersama Mhetv, ayah Aliff Aziz masih tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kontroversi yang melanda anaknya itu. Dia turut akui dia jarang mencampuri urusan peribadi Aliff dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Kes curang Aliff Aziz ini adalah yang ketiga sepanjang dia berkahwin dengan Bella Astillah. Pertama kali berlaku membabitkan pelakon Afifah Nasir pada 2017 dan kejadian kedua berlaku Februari lalu melibatkan pelakon Oktavia Manrose. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka.
Sumber : Utusan Online, Mhetv