Umum ketahui Pencetus Ummah Abu Sufyan telah sah menceraikan isterinya, Ain Afini Latif beberapa hari yang lalu. Terbaharu, PU Abu menyatakan bahawa dirinya akan tetap bertanggungjawab terhadap anak yang bakal dilahirkan nanti.
Bakal dapat anak lelaki
Menerusi laporan Mstar, meskipun telah bercerai, PU Abu berjanji akan mengutamakan segala keperluan bayi yang bakal dilahirkan pada 10 Julai ini. Dia juga mengumumkan akan menimang cahaya mata lelaki.
Sejujurnya saya tak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak saya nanti. Saya sudah menyediakan kelengkapan untuk Afini dengan membeli barangan bayi, itu belum termasuk duit nafkah.
Anak itu darah daging saya, ke mana sahaja dia pergi, darah saya tetap mengalir dalam tubuhnya. Sehingga urusan berkahwin dia nanti pun dia akan perlukan saya.
Hubungan bersama bekas mertua tetap baik
Selain itu, PU Abu juga menjelaskan bahawa hubungannya bersama Ain Afini dan keluarga mertua adalah baik sehingga kini.
Jika saya berjumpa dengan ayah Ain, kami berpeluk. Dengan Ain juga saya bersembang seperti biasa. Cuma saya minta orang ramai untuk menghormati bekas isteri saya itu. Saya tak mahu tambah tekanan kepada Ain.
Sumber: Mstar