Baru-baru ini kecoh di media sosial video memaparkan dua orang lelaki sedang bertengkar dengan seorang pekerja kedai serbaneka yang dipercayai warga asing. Video yang dimuat naik oleh Aiman Ariff di Twitter miliknya mendapat kecaman dari netizen kerana sikap dua orang lelaki itu yang berlagak seperti gangster.
Melayu typical
So this happened yesterday while was queueing up in line at MyNews Sogo.
Can we stop having embarrassing Meleis throwing public tantrum like this? pic.twitter.com/fd0l8ueqgx
— Aiman Ariff (@aimanariffAAK) May 26, 2019
Kejadian yang berlaku di MyNews Sogo menyaksikan dua orang lelaki berbangsa Melayu sedang menengking pekerja kedai serbaneka itu. Ramai saksi yang melihat kejadian tersebut namun tiada siapa dilihat tampil untuk menenangkan keadaan.
Bincang elok-elok kalau ada salah sekali pun
Hal ini berlaku kerana juruwang kedai serbaneka tersebut membuat sedikit kesilapan, namun dua orang lelaki tersebut terus mencetuskan keadaan tanpa berbincang secara elok.
Saksi yang merakam video ini mendakwa dia tidak mampu untuk berbuat apa apa kerana keadaan semakin kecoh apabila lelaki itu menengking sekuat hati sambil mengugut akan mencederakan juruwang tersebut. Seorang lelaki telah cuba untuk meleraikan keadaan namun ditolak dua lelaki terbabit.
Penjelasan salah seorang staff
Jenis nak tunjuk gangster
Sumber: Aiman Ariff