Semalam pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand, telah memuat naik status ‘ Stop Making Stupid People Famous’ di akaun Instagramnya. Menerusi status tersebut, Sarah mengulas bahawa terlampau ramai ‘instafamous’ yang merosakkan industri sekali gus menjejaskan masa depan golongan anak seni.
Namun, status yang dimuat naik Sarah itu tidak ditujukan khas kepada mana-mana ‘instafamous’ dan ia hanya secara umum. Terbaru, Syifa Melvin telah membidas kenyataan Sarah berkaitan isu tersebut menerusi akaun Twitternya.
Percaya pada rezeki Allah
Menerusi Twitter Syifa, dia tidak bersetuju dengan kenyataan Sarah. Menurutnya, dunia sekarang merupakan dunia cyber dan semua benda viral adalah dari kuasa internet. Tambahnya, persaingan yang sihat perlu wujud dalam diri setiap individu.
Artis dah sah keluar tv
Sebagai instafamous, dia turut terkesan dengan kenyataan Sarah. Tambahnya, artis dan instafamous merupakan dua bidang yang berbeza. Kalau rezeki sudah tertulis milik seseorang, sudah pasti itu miliknya. Jangan salahkan orang lain jika rezeki bukan berpihak pada diri sendiri.
Sumber: Syifa Melvin