Tidak dinafikan artis zaman sekarang banyak buat review product untuk mencari duit tambahan bagi menyara diri dan keluarga. Tetapi kebanyakan job sebegini diuruskan sendiri oleh pembantu peribadi (PA) mereka termasuklah urusan pembayaran.
Pelakon Aprena Manrose turut tidak ketinggalan untuk membuat review product berbayar. Malangnya, pelakon drama Rengkat ini terpaksa berdepan tuduhan menipu dan melarikan duit pelanggan apabila pembantu peribadinya itu sudah angkat kaki.
Benda boleh post banyak-banyak…
Terbaru, posting mesra Aprena Manrose bersama suaminya ini dimuatnaik menerusi laman Instagram dengan kapsyen ‘benda boleh post banyak-banyak kenapa nak satu je‘. Bagaimanapun, terdapat komen berbaur sindiran yang ‘menyerang’ Aprena Manrose sehingga membuatkan pelakon ini terpaksa buka mulut menjelaskan keadaan sebenar berkaitan review product yang dibuatnya sebelum ini.
Bukan susah pun orang kaya
Urus niaga apa macam ni?
Awak cuba malukan saya
Pelakon ini juga nekad untuk tidak memadam sebarang komen yang telah dilontarkan netizen terhadap dirinya. Dia sekerasnya tetap dengan pendirian mengakui dirinya tidak bersalah. Segala urusan pembayaran selalunya pelanggan terus transfer ke bekas PA yang telah kira-kira setahun berhenti kerja.
Tambahnya, ini bukan kali pertama dia menghadapi kes sebegini. Sebelum ini, Aprena Manrose juga pernah ditipu bekas PA berkaitan duit pelanggan kira-kira penghujung tahun 2018.
Sumber: Aprena Manrose