Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan kisah penceraian Radhi OAG, apabila bekas isterinya iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri, membuat pendedahan bahawa mereka telah berpisah sejak 25 Mac yang lalu.
Terbaru, menerusi laporan Kosmo, Radhi memberitahu bahawa dia dan bekas isterinya akan hadir ke mahkamah semula bagi proses rujuk. Alhamdulillah!
Meneruskan proses rujuk
Menurut Radhi, dia mengakui bahawa ingin merujuk kembali bersama bekas isterinya. Tambahnya, mereka akan hadir ke mahkamah pada hari Isnin depan bagi meneruskan proses tersebut.
Benar, saya telah melafazkan talak satu kepadanya. Tetapi, saya tidak mahu perkahwinan ini berakhir. Allah telah beri kita pilihan (untuk menyelamatkan perkahwinan), jadi kita gunakan pilihan tersebut.
Saya tidak mahu memberi komen
Mengenai pengumuman penceraian yang dibuat oleh bekas isterinya kepada netizen, Radhi tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap tindakan yang dilakukan.
Saya bersangka baik dengan dia. Mungkin dia rindu saya selepas lima hari tidak bertanya khabar.
Radhi dan Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah dan Muhammad
Sumber: Kosmo