Gara-gara merasa tidak selesa dengan penampilan dan sering diejek, gadis comel ini mengambil keputusan untuk kurus. Dalam masa 6 ke 7 bulan sahaja, dia mampu menurunkan berat badan sebanyak 35kg. Korang lihatlah sendiri transformasi ini, macam tak percaya!
Sebelum
Selepas
Sering diejek, nekad kurus
Berterima kasih dengan sokongan yang diberikan, gadis ini memberitahu seseorang perlu kuat dari segi mental dan fizikal untuk kurus. Jangan paksa diri dan ambil masa.
Antara tips yang diamalkan adalah dengan makan dalam jumlah yang sedikit dan banyakkan minum air. Yang penting, kunyah perlahan-lahan.
Turun 35kg dalam masa 6/7 bulan
Selain menjaga makan, gadis ini melakukan senaman kardio selama 40 minit sehari. Dia juga menasihati orang ramai untuk mengelakkan makanan berminyak dan fast food.
Sumber : Ainnur