Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di dalam satu temubual menceritakan kisah benar di sebalik lagu Sumpah yang kini mendapat sambutan ramai. Siapa sangka, lagu tersebut merupakan kenangan lama bersama bekas kekasih iaitu Dayana Amerda.
Mahu membersihkan nama, Dayana menerusi satu posting di Instagram menjelaskan perkara sebenar namun posting dipadam beberapa jam selepas dimuatnaik.
Dayana maafkan apa terjadi
Ibu kepada Dayana, Aida Daud menerusi Instagram Story menjelaskan Dayana mengambil keputusan memadam posting kerana tidak mahu keadaan menjadi semakin buruk. Dayana juga telah memaafkan apa yang terjadi.
Naim mohon maaf
Tambahnya lagi, Naim Daniel sendiri turut menghubunginya dan memohon maaf. Dia bersyukur akhirnya perkara sudah selesai dan semoga Allah merahmati semua.
Biarlah mama kena kecam
Tabahlah sayang @dayanaamerda sesungguhnya ujian bagi orang-orang yang beriman. Redha dan berlapang dada. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Biarlah mama kena kecam. Biarlah mulut mama macam puaka, tapi mama menegakkan kebenaran. Biarlah satu dunia nak kecoh. Benar tetap benar. Alhamdulilah atas cacian. Terima kasih.
Sumber : Aida C Daud