Baru-baru ini viral di media sosial satu video di mana seorang remaja perempuan memijak kitab menyerupai al-Quran di hadapan rakannya. Tindakan sekumpulan remaja tersebut mencetus kemarahan orang ramai kerana tindakannya itu tidak menunjukkan keperibadian seorang Muslim.
Menerusi Harian Metro, tindakan pantas pihak polis berjaya mengesan dan menahan empat remaja perempuan berusia 17 hingga 18 tahun dalam tempoh kurang 24 jam selepas video tersebut menjadi viral. Kesemua mereka ditahan di sekitar Tanah Merah, Kelantan sejak semalam sehingga jam 2 pagi hari ini.
Empat remaja perempuan ditahan
Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihak polis telah menerima laporan daripada kakak salah seorang suspek yang ada dalam video tersebut.
Susulan laporan itu, operasi dijalankan dan polis menahan empat suspek perempuan termasuk yang memijak kitab dan perakam video di Tanah Merah.
Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Reman 3 hari
Pihaknya masih menyiasat sama ada salah seorang dari remaja itu dipaksa untuk bersumpah dengan memijak kitab suci tersebut. Mahkamah turut membenarkan semua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro