Rentetan pelbagai isu yang berlaku di Kelantan kebelakangan ini antaranya insiden remaja pijak Quran, lelaki serang guru di sekolah dan bermacam lagi kisah negatif membuatkan netizen kembali memperkatakan betapa ‘ngerinya’ rakyat negeri itu.
Memandang sisi positif, pendakwah bebas, Ad-Dien Abdul Kadir memperkenalkan hashtag #KelantanKindness untuk netizen berkongsi kebaikan warga Cik Siti Wan Kembang itu.
Ramai kawan Kelantan yang baik
Paling pengemas
Senang beri pertolongan
Suka share & belanja makanan
Tak kedekut ilmu
Geng motor RXZ tolong tukar tayar dekat highway
Naik bas ke Kelantan, driver kejut solat jemaah Subuh
‘Jangan risau, aku okay je’
Sumber: Twitter