berita

Setia Kepada Tuan, Anjing Ini Mati 15 Minit Selepas Tuannya Meninggal Dunia Akibat Kanser

August 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Memelihara haiwan seperti anjing mampu memberikan keceriaan kepada si tuannya. Keberadaan haiwan peliharaan itu juga merupakan satu terapi emosi yang sangat baik dan mampu mengurangkan rasa sunyi kepada seseorang.

Namun, kisah antara anjing dengan tuannya ini mungkin akan menyentuh hati mana-mana insan di dunia ini. Mirror UK baru-baru ini melaporkan seekor anjing yang setia mati tidak lama selepas pemiliknya meninggal dunia.

Nero mati lepas 15 minit tuannya meninggal dunia

Pemiliknya, Stuart Hutchison meninggal dunia pada 11 Og0s lalu selepas lapan tahun bertarung dengan kanser otak.

Namun apa yang memilukan, selepas 15 minit Stuart meninggal dunia, anjing peliharaannya yang bernama Nero pula menyusul ‘mengikut’ tuannya itu.

Nero merupakan anjing dari jenis baka French Bulldog.

Bukti kesetiaan Nero kepada Stuart

Ibu kepada Stuart, Fiona Conaghan berkata kematian Nero menunjukkan kesetiaan haiwan itu terhadap anaknya.

Anak saya membela tiga ekor anjing tetapi Nero yang paling disayangi. Nero sentiasa ada bersamanya.

Stuart berkahwin dengan isterinya, Danielle pada awal tahun ini dan membela Nero yang berusia dua tahun. Dia memiliki dua lagi ekor anjing yang diberi nama Nala dan Amelia.

Dia yang berusia 25 tahun meninggal dunia dalam pelukan isterinya, Danielle di Alloa, Scotland.

Sumber: Mirror UK, Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×