Umum sedia maklum bahawa syarikat Utusan Melayu (M) Berhad sedang berdepan kemelut besar apabila mengalami masalah kewangan sehingga bakal ditutup. Terbaru, satu kenyataan media berhubung masalah yang menyelubungi Utusan Melayu telah dikeluarkan. Ternyata, Utusan Melayu tidak dapat diselamatkan lagi dan terpaksa ditutup.
Pelbagai reaksi netizen di laman sosial berkenaan isu ini. Kebanyakannya bersedih apabila Utusan terpaksa ditutup kerana Utusan merupakan pelopor utama dalam kancah media Malaysia.
Bertabahlah!
Setelah berkhidmat untuk beberapa tahun, pekerja Utusan terpaksa mengundurkan diri kerana syarikat tersebut terpaksa ditutup. Semoga ada peluang pekerjaan baru untuk kalangan pekerja Utusan yang terlibat.
Ramai kehilangan pekerjaan
Setelah beroperasi lebih 80 tahun, Utusan terpaksa ditutup. Utusan merupakan platform orang melayu menyuarakan pandangan sewaktu sebelum merdeka. Sehubungan dengan isu ini, sebahagian besar telah kehilangan pekerjaan. Isu ini menjadikan suatu kesedihan yang menyelubunhi industri media tanah air.
Selamat tinggal Utusan
Sumber: Twitter