Setelah 7 bulan terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga tercinta, seorang lelaki telah melakukan kejutan buat ibu dan adik beradiknya. Menerusi Twitter Isyvpipi, wanita itu berkongsi video surprise yang dilakukan oleh adik lelakinya itu sempena ulang tahun kelahiran ibu mereka. Sumpah sedih!
After 7 month bertugas di Sabah
Hi guys, adik manja i dah balik kuantan after 7month bertugas di sabah. ????
Tapi macam biasalah ibu tak tahu adik balik. hjsjsjsjsj
Gigih i drive memalam pick up adik. Sorry bu , sorry ngah terpaksa tutup mulut. Adik yang suruh rahsia ??
Happy belated birthday bu & Angah pic.twitter.com/uvPzuxrDrb— ?? (@isyvpipi) October 16, 2019
Menerusi video berdurasi 0:45 saat, lelaki tersebut membawa kek buat ibunya sempena ulang tahun kelahiran. Lebih menyentuh hati, ibunya kelihatan terkejut dan memeluk anaknya itu selepas 7 bulan mereka tidak berjumpa. Menurut kakak lelaki tersebut, adiknya itu baru pulang dari Sabah selepas bertugas di sana.
Tambahnya, ibu mereka tidak mengetahui langsung berita kepulangan anak lelakinya dari Sabah. Ini kerana, adik lelakinya itu meminta berita kepulangannya dirahsiakan. Perasaan gembira seorang ibu selepas sekian lama tidak berjumpa dengan anak jelas terpancar dan perasaan yang sama turut dirasai oleh netizen.
I can feel it
Tak pernah merasa kasih sayang
Rata-rata netizen meluahkan perasaan sedih ketika melihat video tersebut. Namun, ada di antara mereka turut meluahkan perasaan tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu seperti lelaki tersebut.
Sumber: Isyvpipi