Pelakon cantik jelita Farah Nabila telah mengumumkan pada satu sidang media khas bahawa dia akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Juruterbang, Mohamed Amirul Yunus telah berjaya menyunting hati Farah Nabila dan mereka bakal disatukan pada 20 Disember tahun ini.
Sanggup tunggu saya selama 7 tahun
https://www.instagram.com/p/B38jslNnn1i/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix
Menerusi temubual bersama Media Hiburan, Farah menjelaskan sifat Amirul yang penyabar dan penyayang membuat dirinya tertarik. Dia turut selesa apabila bersama dengan keluarga Amirul.
Sifat kesabaran dia (Amirul) membuatkan saya jatuh hati pada dia yang sanggup menunggu saya selama 7 tahun.
Malah, keluarga dia juga sangat sayang kepada saya dan saya rasa selesa apabila bersama dengan mereka.
Izara Aishah memperkenalkan kami
https://www.instagram.com/p/B38kZvznXoV/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix
Tambah mengejutkan, mereka sebenarnya diperkenalkan oleh Izara Aishah yang merupakan kawan baik mereka. Pada awal perkenalan, Farah dikatakan jual mahal kepada Amirul. Namun disebabkan sifat tidak berputus asa, akhirnya mereka bakal berkahwin.
Kami diperkenalkan kawan baik, Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu. Pada mulanya saya jual mahal tetapi amirul tidak berputus asa.
Sebenarnya saya tidak perasan dia sudah mengikuti (follow) saya di Instagram dan lihat pekembang saya dalam mood privasi,” kongsi Farah yang sudah siap membuat persiapan kahwin sebanyak 80 peratus.
Sumber: Media Hiburan