Walaupun sudah banyak kali diperdebatkan, lubang tandas masih menjadi tempat pembuangan benda yang tidak sepatutnya termasuklah tuala wanita (pad) sehingga tersumbat. Perkara ini berlaku kerana kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan sesetengah masyarakat kita.
Baru-baru ini seorang media infuencer, Siti Hawa Mohd Nor menerusi Twitter berkongsi luahan dari beberapa orang individu dipercayai bekerja dalam bidang pengurusan sisa kumbahan berhubung perkara ini.
Menyusahkan di peringkat kumbahan
Surprisingly ramai rupanya yang basuh sanitary pad dengan buang kapas2 berdarah tu masuk dalam lubang jamban dan flush. Jangan buat mcm tu ye. Walaupun mungkin jamban tak tersumbat tapi di peringkat kumbahan nanti akan menyusahkan. #sexeducation #toileteducation #bleedresponsibly pic.twitter.com/mbDyDUevTK
— Siti Hawa Mohd Nor (@sitiawe_) November 1, 2019
Menerusi perkongsian dibuat Siti Awe, beliau berkata dirinya terkejut apabila masih ramai wanita yang membuang tuala wanita mereka ke dalam lubang jamban malah turut menganggap ia tidak akan menyebabkan lubang jamban tersumbat.
Namun katanya, persepsi itu sebenarnya adalah tidak tepat kerana pada akhirnya sisa yang dibuang ke dalam lubang jamban itu akan memberi masalah di peringkat kumbahan kelak.
Jadi bijak
Beliau kemudian berkongsikan perbualan daripada beberapa individu dipercayai bekerja dalam bidang sisa kumbahan yang meluahkan rasa kurang senang terhadap perbuatan tidak bermoral itu.
Bukan setakat buang pad
Tidak terhenti di situ sahaja, ruangan komen di posting yang dibuat Siti Awe itu kemudiannya dipenuhi dengan pengalaman ‘menggelikan’ oleh individu lain yang perlu berhadapan dengan perkara itu.
Malah bukan setakat tuala wanita, ada netizen juga berkata beberapa barangan lain termasuk pakaian dalam turut dibuang ke dalam lubang jamban sehingga menyebabkan pump tersumbat.
Tak larut dalam air
Sementara itu, Siti Awe turut menjelaskan bahawa pad bagi bahan jenis gel dan kapas sebenarnya tidak akan larut di dalam air meskipun ia telah dikeluarkan daripada plastik tuala wanita.
Penjelasan itu dibuat Siti Awe sebagai respon kepada seorang netizen yang bertanya sama ada semua pad atau hanya bahan tertentu sahaja yang tidak larut air.
Respon netizen
Dalam ada itu, netizen beranggapan pembuangan tuala wanita ke dalam lubang jamban tidak sepatutnya berlaku lagi pada hari ini lebih-lebih lagi pelbagai kemudahan seperti tong sampah sudah disediakan di dalam tandas.
Sumber: Twitter Sitiawe