Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membalas komen sinis seorang individu yang mempersoalkan percutian domestiknya bersama keluarga ke Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan: Prince Syed & Isteri Infaq Telekung Bertatah Swarovski Buat Ustazah Asma Harun – ‘Berharga RM12,000’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Beri Nafkah RM125k Sebulan, Isteri Terkejut Beg Tangan Berat Rupanya Penuh Duit – ‘Harap Cukuplah, Jangan Boros’

Bercuti di Cameron Highlands

@prince.syed.shahidkami suka pakai baju simple jer macam ni kalau nak pergi bercuti , sebab percutian singkat so pakak simple sudah janji selesa? Horror Sound Music – Mauro Rawn

Menerusi satu video di TikTok, Syed atau nama lengkapnya, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman berkongsi momen percutian bersama isteri tercinta, Fatin Syazwani dan anak mereka.

Namun, seorang individu dilihat meninggalkan komen yang seakan memerli dan mempertikaikan keputusan Syed bercuti dalam negara sedangkan dia pernah mendedahkan memberikan nafkah bulanan sebanyak RM100,000 kepada isteri.

Komen netizen: Kata bulan-bulan bagi nafkah RM100k ke bini, tak akan bercuti ke Cameron Highlands saja?

Syed turut memberi respon terhadap komen tersebut dengan menyatakan bahawa kekayaan tidak semestinya perlu ditonjolkan menerusi percutian ke luar negara.

Yang cakap pun jalan dekat Malaysia pasti tak habis kan? Oh, duit banyak wajib buat luar negara ek?

Syed turut menegaskan bahawa bercuti dalam negara juga melibatkan kos yang tinggi dan mendedahkan dia telah berbelanja hampir RM20,000 untuk percutian tersebut.

Saja lah nak cakap, dalam Malaysia ni pun satu tempat ada yang habis RM20k lebih.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Syed dan berpendapat bahawa lokasi percutian bukanlah keutamaan, sebaliknya masa berkualiti dan kegembiraan bersama keluarga lebih penting.

Komen individu

Sumber: TikTok Prince Syed