Anak yang soleh merupakan anugerah yang amat berharga buat ibu bapa. Sebagai seorang anak pasti ingin membuat ibu bapa tersenyum sebelum mereka pergi menghadap Ilahi. Pengorbanan ibu bapa pastinya tidak dapat dibalas oleh anak-anak.
Menerusi Twitter Fahmi Anuar, dia berkongsi kisah sebak apabila hasrat untuk menduduki rumah idaman ibunya bersama-sama tidak kesampaian. Baru sahaja meluahkan hasrat untuk mendiami rumah baru, beberapa bulan selepas itu ibunya telah meniggal dunia.
Mama sekarang dah kat tempat lagi indah
Dia berkongsi petikan perbualan melalui aplikasi Whatsapp yang menunjukkan ibunya berhasrat untuk menduduki sebuah rumah baru. Bagi arwah ibunya, cukup sekadar sewa juga tidak mengapa kerana belum mampu untuk membeli.
Arwah pergi Mac 2019
Namun siapa sangka itu merupakan hasrat terakhir sebelum ibunya pergi buat selamanya. Dia berjaya memiliki rumah tersebut setahun selepas perbualan bersama ibunya. Arwah ibunya meninggal dunia 3 bulan selepas meluahkan hasrat kepadanya.
Sakit kanser payudara
Sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di rumah apartment, namun kondisi tempat tinggal itu tidak begitu baik dan tidak selesa. Bagi dirinya, dia terkilan kerana tidak dapat berkongsi kesempatan ini bersama ibunya semasa dia masih lagi hidup.
Ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser payu dara. Arwah ibunya telah bertarung dengan penyakit itu selama 5 tahun.
Meniggal sebulan sebelum konvo
Tambahnya lagi, dia sangat sedih sewaktu hari konvokesyen dirinya kerana tidak dapat menyambut bersama ibu yang tersayang. Ibunya meninggal dunia sebulan sebelum tarikh konvokesyen berlangsung. Niat untuk menyarung jubah kepada si ibu tidak kesampaian. Hanya berteman ayah disisi semasa majlis tersebut.
Ini mamaku
Teruskan doa untuk arwah ibu
Sumber: Fahmi Anuar