Tidak dinafikan, kanak-kanak sememangnya mempunyai aura yang mampu menceriakan hari kita. Apa sahaja keletah mereka, pasti menjadi terapi untuk kita lebih-lebih lagi yang baru nak bercakap.
Di Facebook, seorang wanita kongsi keletah adiknya yang cuba meniru gaya gaya influencer untuk membuat review. Betullah cakap orang, budak-budak memang mudah terikut. Aduh lucu pula tengok.
Review roti sosej
Lebih 70k tontonan di Facebook, gelagat kanak-kanak ini mencuit hati ramai. Video berdurasi 3:52 minit itu memaparkan gelagat seorang kanak-kanak yang secara bersahaja membuat review makan roti sosej bersama sos.
Kanak-kanak yang bercakap menggunakan loghat negeri Kuala Terengganu itu kelihatan cuba untuk membuat review makan sebelum dipanggil ibunya untuk mengeringkan pakaian.
Apa yang menghiburkan hati kami adalah kanak-kanak ini cuba bercakap dalam loghat biasa sehingga menjadikan sebutan sos cili menjadi ‘sas’. Rata-rata terhibur dan berharap agar kanak-kanak ini mempunyai Youtube channel sendiri.
Tengok pada review ini, tiba-tiba terus rasa nak makan roti sosej kan?
Sos jadi sass
Netizen terhibur
Sumber : Noraihan Azmi