Sejak beberapa hari lalu, industri hiburan tanah air kita sering dikejutkan dengan berita artis kehilangan insan yang mereka sayang.
Terbaru, pelakon Remy Ishak memaklumkan bahawa ayahnya yang tercinta telah pergi menghadap Ilahi dan meninggalkan dunia buat selama-selamanya.
Al-Fatihah
https://www.instagram.com/p/B6UTBnsn-HP/?utm_source=ig_web_copy_link
Berita tersebut dimaklumkan sendiri pelakon itu di laman Instagramnya. Menurutnya, ayahnya, Ishak Idrus telah menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi tadi.
Ayah saya Ishak Bin Idrus menghembus nafas terakhir awal pagi tadi. Al-Fatihah untuk ayah.
Takziah buat Remy
Berita terbaru yang dikongsi Remy itu telah mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram. Rata-rata daripada mereka termasuk daripada kalangan rakan artis mengucapkan takziah kepada Remy dan mendoakan agar pelakon itu tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan Allah kepadanya.
Sumber: Instagram Remy Ishak