Gara-gara dendam kesumat mendalam apabila maruah anak sendiri dicabuli orang yang dipercayainya, seorang bapa Leon Gary Plauche membalas perbuatan jenayah pedofilia dengan tangannya sendiri. Lebih dramatik, tindakan itu sempat dirakamkan pihak televisyen!
Diculik, diserang seksual jurulatih
Gary tinggal di Lousiana, Amerika Syarikat setelah bercerai dengan isterinya, Jun ketika insiden itu berlaku. Anaknya yang berusia 11 tahun, Jody Plauche menghadiri kelas karate bersama jurulatih Jeffrey Doucet yang ketika itu berusia 25 tahun.
Tidak lama kemudian, Jeffrey telah ‘kantoi’ menyerang secara seksual kanak-kanak itu sekurang-kurangnya selama setahun. Pada Februari 1984, Jeffrey telah menculik Jody dan membawanya ke sebuah motel di California di mana anak itu telah dicabul dan dianiaya secara seksual.
Polis kemudiannya giat menjejaki Jody yang menemukan kanak-kanak malang itu setelah melakukan serbuan di hotel berkenaan. Jeffrey akhirnya dicekup.
Pada 1 Mac 1984, Jody kembali ke pangkuan keluarganya di Louisiana namun apabila si bapa, Gary mengetahui mengenai mimpi ngeri dilalui Jodi melalui laporan media. Menurut Gary, ketika itu dia merasakan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak berdaya apa pun.
Berlaku sekelip mata
Father Shoots Man Who Kidnapped & Raped His Son On National TV! (*Graphic*) pic.twitter.com/MUXT79SMCA
— Eddie Caligula (@EddieisCaligula) December 23, 2019
Pada 16 Mac 1984, jurulatih durjana Jeffrey diterbangkan dari California ke Baton Rouge Metropolitan Airport untuk perbicaraan. Dia sampai dan diiringi pihak polis dengan bergari sekitar jam 9.30 malam di mana telah ditunggu Gary ketika itu dengan sepucuk pistol.
Ketika Jeffrey melalui sekumpulan wartawan yang membuat liputan kes itu, dia berjalan melepasi Gary. Gary kemudian mengeluarkan senjata dan melepaskan sedas tembakan tepat ke bahagian kanan kepala Jeffrey, menyebabkan lelaki itu terus tersungkur.
Pihak polis dengan pantas mengawal keadaan dan bertanya kepada bapa itu, ‘Gary, why? Why, Gary?’ (Gary, Kenapa? Kenapa, Gary?) Insiden sekelip mata itu sempat dirakamkan jurukamera stesen televisyen yang berada berhampiran.
Jeffrey meninggal keesokan harinya. Gary pada mulanya dikenakan penjara 7 tahun namun dilepaskan setelah berkelakuan baik selama 5 tahun. Dia juga turut menjalani 300 jam khidmat komuniti yang dilaksanakan sehingga 1989.
Sumber: NY Times