Impian setiap pasangan yang berkahwin adalah untuk memiliki cahaya mata. Namun tidak semuanya bernasib baik dapat merasai nikmat itu meskipun sudah berkahwin untuk jangka masa yang lama. Apatah lagi, harapan untuk memiliki zuriat itu semakin tipis apabila doktor sendiri memaklumkan bahawa ada masalah yang berlaku dalam diri salah seorang pasangan sehingga membuatkan usaha untuk memiliki cahaya mata sukar.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang doktor ini menceritakan pengalamannya bertemu dan merawat sepasang suami isteri yang akhirnya disahkan bakal memiliki zuriat pertama selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Ada masalah endometriosis
Staf cakap, ‘Kak Husna, ada orang nak scan. 40 tahun. Dah lama tak datang period.’ ‘Pregnant ke?’ Soal saya. Staf jawab, ‘Tak, dia kata ada masalah endometriosis.’
Panggil patient masuk. Beliau ceritakan tentang masalah endometriosis dan dah buat pembedahan. Sekarang tiba-tiba period terganggu semula.
Saya tanya, ‘Dah berapa anak?’ Patient dengan wajah bersahaja menjawab, ‘Belum ada rezeki anak. Dah 11 tahun kawin.’
Patient bercerita, ‘Doktor sebelum ni cakap saya tak boleh mengandung. Ada blok dekat tiub saya. Cuba buang tapi tak dapat buang semua.’
Fetus terapung dalam kantung
Saya letak probe ultrasound, nampak fetus terapung-apung dalam kantung rahim. Nampak jantung fetus berdegup dari luar. ‘Mengandung. Ni baby awak. Dah besar pun. Ada jantung dah. 9 minggu.’
Pecah tangisan sepasang suami isteri tersebut dalam bilik ultrasound. Sang suami pun menangis tak tertahan. Seolah tidak percaya.
Sang isteri tak berhenti sebut, ‘Tapi saya tak boleh mengandung. Diorang cakap saya kena buat IVF kalau nak mengandung. Betul ke ni?’
Ini kuasa Tuhan. Saya juga kagum dengan hebatnya kuasa Allah. Saya sebut pada suami patient, ‘Tahniah sebab sabar. Berkat sabar, selepas 11 tahun menunggu, Allah bagi hadiah untuk awak suami isteri.’
Sang suami memang dok menyeka air mata. Terlalu gembira. Terzahir kegembiraan di wajah mereka berdua.
Susah nak percaya
Sebenarnya, mereka dah buat UPT dan ianya memang positif. Tapi mereka tak percaya sebab mereka rasa mereka takkan dapat anak. Sudah tidak mahu lagi menaruh harapan, bimbang kecewa lagi.
Saya turut merasa aura gembira keduanya. Hati saya turut saya happy tak terkira ya Allah. Alhamdulillah. Semoga kehadiran baby ke dalam rumah tangga mereka menambah iman dan taqwa kepada Allah Taala.
Semoga semua yang bersabar mendapat berita gembira yang menghapuskan segala rasa penatnya bersabar. Bersabarlah dalam taat. Percayalah dengan kuasa sabar. Lambat atau cepat; Tuhan pasti beri habuan di atas semua kesabaran kita.
Dan jangan berhenti titip doa. Semua doa kita akan dipandang dan dikira oleh Tuhan. Percayalah. See, 11 tahun kahwin, ada masalah dengan sistem peranakan, tapi tetap boleh mengandung. Tidak ada yang mustahil pada Tuhan. Tidak pernah ada.
Sumber: Facebook Nurul Husna Kamrudin