Orang awam yang berada sekitar Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang cemas seketika apabila seorang lelaki kurang siuman menghayun parang ke arah seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang menerima laporan. Insiden tersebut sempat dirakam dan video tersebut viral di laman sosial hari ini.
Cederakan diri, libas anggota polis
Ada orang awam, “kenapa tak tumbangkan? Takda latihan ke?” Burik padia kalau dah pakai parang. Nak tembak, mau melompat NGO2 semua persoal kenapa tembak, tetibe family semua muncul tuntut keadilan. pic.twitter.com/kw0zQMnJbM
— ??? SiD²³ ??? (@Tsgxy_) December 27, 2019
Anggota polis berkenaan dikerah ke tempat kejadian setelah dilaporkan orang ramai yang memaklumkan lelaki kurang siuman tersebut. Lelaki itu berbogel dan mula bertindak agresif dengan menghayun parang serta mengetuk besi penghadang.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, suspek kemudiannya cuba mengejar anggota berkenaan yang mahu menenangkannya.
Bagaimanapun, suspek bertindak mencederakan dirinya sebelum anggota cuba menghampiri untuk menenangkannya.
Malangnya, anggota polis itu telah dilibas menggunakan parang berkenaan dan libasan terkena topi keledar dan lengan kanan hingga cedera.
Suspek juga cuba menyerang mangsa berkali-kali tetapi mangsa menjarakkan diri demi keselamatannya dan orang ramai.
Berjaya ditangkap
Ujar Mohamad Noor lagi, suspek melarikan diri ke jambatan Tanjung Lumpur dan bertindak membuang parang digunakan ke dalam sungai. Dia kemudian berjaya diberkas dan dibawa ke Hospital Ampuan Afzan (HTAA) bagi rawatan susulan.
Ahli keluarga suspek turut dikesan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi urusan rawatan mental.
Sumber: Harian Metro