Setiap orang dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan tersendiri. Ada kekurangan yang boleh diubah seperti sikap dan perangai, namun keadaan fizikal haram diubah sesuka hati tanpa alasan munasabah. Penyanyi Siti Sarah meluahkan perasaannya berkenaan segelintir netizen yang tergamak menghina hidungnya di laman sosial.
Hadap lebih 30 tahun
Menurut penyanyi Kesetiaan ini, dia menjadi mangsa hinaan ekoran fizikal hidungnya itu sejak kecil, namun tidak tahu cara untuk mendiamkan penghinanya. Dia sendiri mengakui tidak boleh menghadam bagaimana cara untuk mereka yang biadap itu untuk mendiamkan diri kerana tiada ada yang boleh dibuat untuk menukar ciptaan Allah.
Tadi tengah scroll IG, ternampak Siti Nordiana bercakap pasal body shaming, di IG Media Hiburan ada yang bercakap pasal berat badan dan gigi dia. Sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masalah yang sama iaitu orang pandang jijik mengenai bentuk hidung saya. I don’t know how to tell them off!!
Jauh di sudut hati SAYA DAH TAK BOLEH HADAM benda ni sebab saya pun HADAP benda ni selama lebih dari 30 tahun. Over and over again saya dok dengar benda yang sama pasal HIDUNG HIDUNG DAN HIDUNG. Nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya?? Bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab Allah bagi bagi saya hidung ni.
Ramai dapat nasib sama
Tambah isteri kepada Shuib Sepahtu ini lagi, segala hinaan dan kutukan boleh dibaca ahli keluarganya. Sarah juga mendedahkan ramai yang menjadi mangsa menderita disebabkan mulut orang lain sepertinya.
What should I do? Cry? Awak puas hati ke bila awak kutuk orang? Kalau awak berada di tempat saya, mungkin sekarang awak dah ada dalam wad gila!! FYI segala kutukan awak pasal HIDUNG saya, satu keluarga saya baca suami dan anak-anak! Do u KNOW THAT???
Orang sekarang ni dah terlalu teruk bab-bab mengutuk fizikal orang. Terlalu ramai orang yang macam saya di luar sana menderita sebab kena kutuk dengan orang yang macam ni. Korang je yang tak tau. Ada manusia sekarang yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orang.
Sumber: Siti Sarah Raisuddin