Setelah dilahirkan, bayi memerlukan penjagaan rapi memandangkan tubuh badan mereka yang masih lemah dan cenderung terkena pelbagai penyakit. Sebagai ibu bapa, sudah tentu mahu yang terbaik untuk zuriat mereka.
Namun, perkongsian seorang netizen di satu page Facebook mengenai bayi adiknya yang ditahan oleh pihak hospital kerana menghidap demam kuning mendapat perhatian pengguna laman sosial itu, semalam.
Dihalang keluar hospital
Individu itu berkongsi ‘masalah’ yang dialami adiknya yang bersalin kaedah Caesarean pada 2 Januari lalu dan meminta untuk keluar hospital pada semalam (5 Januari). Namun, permintaan itu ditolak pihak hospital kerana bayinya mengalami demam kuning atau jaundis.
Tambah individu itu lagi, adiknya menolak suntikan vaksin dan ketika status dimuatnaik, tiada sebarang komplikasi berlaku. Walaubagaimanapun, tahap jaundis tidak dapat dikenalpasti kerana si ibu tidak mengizinkan ujian darah.
Menyulitkan lagi keadaan, pihak hospital didakwa mahu melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis. Dalam kemaskini status tersebut, bayi berkenaan kemudiannya diperiksa dan disahkan pada tahap jaundis sederhana. Si bapa mengambil keputusan menandatangani surat keizinan ‘At own risk’ (AOR).
Boleh jadi toksik untuk bayi
Kanak-kanak dilindungi akta
Sumber: Facebook