berita

[VIDEO] Anak Buat Kejutan Selepas 3 Tahun Tak Jumpa, Reaksi Suami Isteri Ini Memang ‘Win’!

January 7th, 2020 | by Azizi Rahman
Video Popular

Tidak dinafikan, mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara merupakan satu perkara yang paling bermakna dan indah dalam hidup. Namun sudah pasti, rata-rata mereka yang menjadi penuntut di universiti luar negara ini menyimpan rasa rindu yang begitu mendalam terhadap keluarga lebih-lebih lagi apabila mereka hanya mampu pulang ke tanah air beberapa kali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Jika sebelum ini, viral di laman Twitter kisah seorang bapa yang membuat kejutan terhadap anaknya yang sedang menuntut di sebuah universiti di timur tengah, kini lain pula ceritanya apabila sepasang suami isteri ini dikejutkan dengan kepulangan anak kesayangan mereka ke tanah air selepas 3 tahun tidak bertemu.

Kakak buat kejutan

Menerusi perkongsian video yang dibuat Aisyah Azmil dia laman Twitternya itu, kakaknya dikatakan cuba membuat kejutan kepada kepada kedua ibu bapanya selepas 3 tahun dirinya tidak pulang ke tanah air.

Berdasarkan video berdurasi 0:32 saat yang dikongsikan tersebut, kelihatan kakaknya membuat kejutan dengan secara tiba-tiba datang dari arah belakang ibu bapanya ketika mereka sedang bergambar.

Tidak menyangka dengan perkara itu, kedengaran jeritan suara ibu dan ayahnya sebelum mereka berpelukan antara satu sama lain selepas sekian lama tidak bertemu.

Netizen terharu

Baru sehari dikongsikan, ia telah mendapat lebik 40k rt dan hampir 81k tanda suka. Rata-rata netizen yang menonton video itu meluahkan rasa terharu dan gembira apabila melihat momen yang sememangnya menyentuh hati itu.

Malah tidak kurang juga, mereka turut terhibur dengan reaksi ‘luar biasa’ yang diberikan pasangan suami isteri tersebut yang kelihatan sangat terkejut dengan kepulangan anak mereka.

Sumber: Twitter AisyahAzmil

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×