Sebelum ini, beberapa media antarabangsa telah melaporkan mengenai kematian komander tertinggi Iran, Mejar Jeneral Qassim Soleimani yang terbunuh dalam serangan drone di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad di Iraq.
Berikutan daripada ketegangan yang berlaku, Iran kini mula menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dengan melancarkan serangan peluru berpandu.
Meninggalkan pangkalan tentera
A major development amid reports of US jets leaving their base in the UAE: it has been *confirmed* that Iran's Air Force has taken off from its bases. This risks becoming a full-scale war between the US and Iran.
— Ranj Alaaldin (@RanjAlaaldin) January 8, 2020
Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik Ranj Alaaldin di laman Twitternya, dia memberitahu bahawa kedua-dua negara tersebut dikatakan telah meninggalkan pangkalan udara masing-masing. Kejadian ini didakwa berisiko akan berlakunya peperangan berskala besar yang melibatkan AS dan Iran.
Rakaman serangan terhadap AS
BREAKING: Footage of Iran attack on US base Al Assad in Iraq.#AlAssad #Iraq pic.twitter.com/8CtLpgnsw6
— Farnaz Fassihi (@farnazfassihi) January 7, 2020
Video serangan yang dimuatnaik oleh Farnaz Fassihi yang merupakan seorang wartawan The New York Times dilaman Twitter, telah mendapat hampir 220 ribu tontonan sekaligus telah mendapat perhatian dunia. Menerusi video rakaman tersebut dilihat Iran melancarkan serangan terhadap AS di pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara.
Susulan itu, menerusi laporan Harian Metro yang dipetik daripada sumber antarabangsa, kejadian ini disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS iaitu Jonathan Hoffman dalam satu kenyataan. Tambahnya lagi, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu.
Lancar roket di pangkalan udara Al Asad
Iran has launched 'tens' of missiles at the al-Asad airbase in Iraq, where U.S. forces are housed, according to Iran's state TV pic.twitter.com/KLikqK2fsw
— NowThis (@nowthisnews) January 8, 2020
TEHRAN, Iran (AP) — Iran state TV says Tehran launches "tens" of surface-to-surface missiles at Iraq's Ain Assad air base housing US troops #IranvsUSA pic.twitter.com/zavVANR9sF
— sarah (@sarah131214) January 7, 2020
Presiden Donald Trump sedang pantau
Iranian missile attack on US troops at Ain al-Assad base. #Iraq pic.twitter.com/L6UqJjBH7P
— Baxtiyar Goran (@BaxtiyarGoran) January 8, 2020
We are aware of the reports of attacks on US facilities in Iraq. The President has been briefed and is monitoring the situation closely and consulting with his national security team.
— Stephanie Grisham (@PressSec) January 7, 2020
Sementara itu, Setiausaha Akhbar White House Stephanie Grisham menerusi Twitter mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan tersebut dan kini sedang memantau perkembangan terbaharu itu bersama pasukan keselamatan negara.
Sumber: Harian Metro, Ranj Alaaldin, Farnaz Fassihi, Now This, Sarah, Stephanie Grisham