Berbeza dengan zaman dahulu, ibu bapa pada hari ini lebih mudah untuk berkomunikasi dengan guru kepada anak-anak mereka dengan hanya menggunakan aplikasi WhatsApp. Namun jika diperhatikan, lain pula jadinya apabila group WhatsApp ini sering dijadikan medan untuk ibu bapa mengeluarkan pelbagai persoalan yang tidak sepatutnya sehingga membebankan para pendidik.
Seorang guru, Mohd Fadhli Salleh menerusi satu perkongsiannya di Facebook baru-baru ini ‘mendedahkan’ pelbagai ‘kerenah’ ibu bapa yang sering dilihat di dalam kumpulan WhatsApp sekolah anak-anak mereka. Jadi untuk para ibu bapa sekalian, apa kata baca perkongsian yang dibuat guru ini untuk dijadikan iktibar dan panduan selepas ini.
Kurangkan bertanya soalan ‘pelik-pelik’
Pertama, jangan tanya soalan bodoh. Serius, banyak soalan sebenarnya tidak layak ditanya. ‘Cikgu, dalam jadual esok ada PJK. Jadi anak saya kena pakai baju PJ?’ Geram je aku nak jawab, ‘Tak lah. Pakai baju raya.’
‘Cikgu, esok ada Seni. Kena bawa pensel warna la kan?’ ‘Cikgu, mana nak beli seluar track sekolah?’ Allahu, soalan-soalan begini penuh dalam group WhatsApp kelas. Soalan yang tak perlu pun ditanya, guna logik akal cukup lah. Takkan nak beli seluar track sekolah anak kena pergi kantin?
Kedua, soalan berulang-ulang. ‘Cikgu, anak saya kata esok ada sambutan hari kemerdekaan. Kena pakai baju Melayu tapi kasut sekolah. Betul ke?’ ‘Betul. Dah bagi pun surat edaran. So, esok pakai baju kebangsaan tapi kasut sekolah ya semua.’
Lepas sahaja cikgu jawab, soalan yang sama dan hampir sama berderet masuk dari 34 parents lain. Baca la juga diskusi yang orang tengah bincang bang. Kau main terjah je tanya benda sama. Sakit jiwa cikgu nak menjawabnya.
Tak perlu kongsi mesej yang tak berkenaan
Ketiga, memaksa cikgu menjawab segera. ‘Cikgu, bla… Bla… Bla…’ Dua minit belum reply, dia terus memanggil-manggil dalam group. ‘Cikguuuuu! Jawab lah.’
Paling geram, dia akan misscall berkali-kali. Lepas tu WhatsApp suruh jawab soalan dia dalam group. Memang geram betul. Kena kat aku taubat aku block orang macam ni. Jenis nak orang layan dia je. Annoying betul.
Keempat, sejenis yang suka forward mesej dan video tak berkaitan. Yang ni pun cukup menjengkelkan. Setiap hari berpuluh post nasihat, hadis, politik, video kelakar, gambar yang tak berkaitan dengan kelas anak dia hantar. Habis tenggelam info yang cikgu beri. Orang macam ni sound je sekali, buat lagi block je.
Kelima, jenis bersembang sesama dia dalam group WhatsApp. Ni mak-mak suka buat. Mulanya tanya pasal sekolah. Lepas tu melalut, ‘Eh, you tahu tak driver van sekolah tu anak saudara kita.’ ‘Oh yeke. Dulu dia bawa kereta kebal kan?’ Hah tu dia. WhatsApp personal la mak cik nak sembang benda lain.
Keenam, menjual barangan. Yang ni sejenis juga. Dalam group WhatsApp kelas dia pergi jual insuran, jual Coway, jual tudung. Aduh la, seksa betul nak lihat semua barangan tu lalu kat situ. Tolonglah, nak menjual bukan dalam group WhatsApp rasmi kelas.
Hormat orang lain
Tujuh, kalau anak tak sihat dan tak boleh hadir ke sekolah sebab atuk meninggal ke apa, WhatsApp personal cikgu. Bukan dalam group. ‘Cikgu, anak saya demam. Cuti dua hari.’ Berpuluh reply dari parent, ‘Get well soon sayang.’ Ada yang tempek doa sihat cepat. Ada yang forwardkan tips nak bagi anak cepat sembuh. Berpuluh-puluh lagi gambar anak dalam wad dan tengah tunggu turn jumpa doktor dia tempek. Adoihhh!
Kelapan, menyindir dan tidak hormat orang lain. Yang ni makin lama makin menjadi-jadi dalam group WhatsApp. Anak dia hilang buku, dia pergi tuduh anak kawan tu curi. Bergaduh dalam group WhatsApp. Ada kes, bukan hebahkan secara umum. WhatsApp cikgu suruh cikgu selesaikan.
Tapi paling tak tahan, dengan cikgu dalam tu pun dia tak hormat. Bahkan ramai cikgu dah kena sindir dengan sinis oleh parent dalam group WhatsApp terbuka tu pula. Tapi itu lah, mereka baik sangat. Kalau kena kat aku, aku maki sebakul kemudian remove dari group tu. Puas hati.
Kita buat group kelas nak memudahkan, dia datang nak tunjuk hebat kerja doktor kerja peguam nak marah-marah cikgu dan sindir sinis pula. Bawa bijak dan pangkat tu masuk kubur sana. Orang nak bincang pasal kelas la dalam group tu.
Sumber: Facebook Mohd Fadhli Salleh