Setiap yang mati pasti tidak akan kembali. Namun siapa sangka kejadian seseorang wanita yang telah diisytiharkan mati secara klinikal secara tiba-tiba terjaga dari kematian. Menurut Republic World, kejadian yang berlaku di Karmataka, India ini telah menggemparkan ahli keluarga wanita itu.
Disahkan mati sebab demam panas
Kejadian berlaku apabila wanita yang dikenali sebagai Malati Chougale itu pada awalnya dikejarkan ke hospital swasta atas sebab keadaannya yang tidak sedarkan diri gara-gara demam panas.
Setelah tiba di hospital, doktor yang terlibat berusaha sedaya upaya untuk menyedarkan semula wanita tersebut namun gagal. Seterusnya, wanita itu telah diisytiharkan mati oleh pihak hospital. Sejurus selepas itu, pihak hospital mengarahkan waris untuk membawa pulang ‘mayat’ wanita itu ke rumah untuk proses pengebumian.
Mayat tiba-tiba bangun dari mati
Ketika sanak saudara memberikan penghormatan terakhir, wanita tersebut tiba-tiba terjaga sehingga membuatkan hadirin terkejut.
Menurut salah seorang saksi berkenaan, mereka terkejut dengan kejadian yang berlaku. Sehubungan dengan itu, keluarga wanita tersebut berhasrat untuk menyaman hospital berkenaan atas dakwaan cuai.
Dakwaan itu amat mengecewakan
Dia sebenarnya dibenarkan meninggalkan hospital atas permintaan keluarga kerana mahu menghantarnya ke hospital lain.
Kami tidak pernah mengisytiharkan kematiannya. Jadi, dakwaan petugas kami cuai amat mengecewakan.
Namun jurucakap hospital telah menafikan segala dakwaan keluarga itu.
Sumber: Republic World