Kisah penderitaan dialami pelakon remaja berbakat besar, Puteri Balqis mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini. Kerana desakan hidup dia dan ibunya terpaksa menjual buku puisi sekitar Kuala Lumpur untuk menampung kehidupan.
Pernah bergandingan bersama dalam drama Akulah Balqis, Nabila Huda menyuarakan pendapatnya mengenai ibu pelakon remaja itu yang dikatakan sanggup membawa anak yang sakit untuk bekerja. Puteri Balqis kemudian menjawab dakwaan itu menerusi Instagramnya.
Jangan persoal ibu
https://www.instagram.com/p/B7UXcBnhSMK/
Puteri membalas tweet dimuatnaik Nabila menerusi Twitternya baru-baru ini. Menurut Puteri, dia meminta supaya kesalahan tidak diletakkan ke atas ibunya kerana wanita itu telah banyak berhabis dan berkorban untuk kesihatannya.
Buat Auntie Nabila Huda, Puteri minta jangan dipersoalkan tentang ibu Puteri. Laman media bukan untuk itu, auntie. Kami juga pernah melakukan kesalahan seperti itu, tapi kami cuba berubah. Statement auntie mengatakan kenapa dibiarkan Puteri berjalan ke KL jual buku, ini jawapan Aqish buat mereka yang hanya mendengar tapi tidak menyelami.
Hanya menuduh tapi tidak memahami. Jika auntie nak salahkan orang lain, tak apa auntie, tapi jangan disebut atau salahkan nama ibu Puteri. Ibu Puteri berhabisan puluhan ribu untuk mencari jalan menyelamatkan Puteri. Mana saudara? Mana keluarga?
Waktu auntie kemalangan bersama anak auntie, jika ditakdirkan anak auntie mengalami sesuatu kurang baik yang memerlukan puluhan ribu, ratusan ribu duit berjuta pun boleh habis untuk menyelamatkan nyawa seorang anak.
Perjelas fitnah ibu hisap dadah
Puteri turut juga memberi respon berkenaan dakwaan kononnya si ibu menagih dadah berikutan fizikal yang kurus. Tambah mengecewakan, dakwaan itu dibuat oleh ahli keluarga mereka sendiri.
Auntie tulis ‘perceraian bukan alasan’, ibu Puteri tidak pernah membiarkan Puteri bekerja. Tidak pernah sesekali. Puteri yang memaksa untuk ikut. Terus terang, di KL ibu yang meniaga, Puteri cuma ikut, ibu tak bagi tapi Puteri yang rabun masih punya perasaan kasihan melihat ibu.
Ini pula untuk tuduhan dikatakan hisap dadah, Puteri anak orang biasa, Puteri tahu apa itu dadah. Kadang-kadang waktu pagi kami berjalan sering ditahan polis tetapi kami bersyukur ibu Puteri sentiasa dilepaskan kerana tidak mengambil dadah. Fizikal ibu yang kurus, selalu tidak makan, tak cukup tidur, depression membuatkan ibu kurus.
Statement ibu hisap dadah itu diberitakan oleh ibu saudara Puteri sendiri iaitu kakak ketiga ibu Puteri sendiri yang menggunakan akaun palsu. Dengan izin Pencipta kami bermacam rancangannya menyebarkan perkara palsu tentang ibu.
Sumber: Puteri Balqis