Viral video sikap panas baran pelakon Aliff Aziz di salah sebuah restoran di Singapura mendapat perhatian netizen. Video tersebut memaparkan pertelingkahan mulut dengan kata-kata kesat melibatkan pelakon ini dan beberapa individu yang lain.
Selepas kejadian tersebut, Aliff Aziz bertindak tidak memberi respon terhadap insiden tersebut. Terbaru, dia mula memuatnaik status di IG Story miliknya dan telah menurunkan kesemua posting di akaun tersebut.
Keep laughing at my pain
Aliff Aziz menerusi IG Story akaun peribadinya memuatnaik status ringkas selepas viral video tindakannya bertengkar mulut dengan beberapa individu. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah restoran di Singapura.
Dia turut tidak menghiraukan sekiranya ada segelintir pihak terus mempersenda atau ketawakan tindakannya itu. Dia menyifatkan segelintir netizen tidak merasai dan tidak pernah berada dalam situasi yang sedang dia alami.
Rezeki semya tangan Tuhan
Tambahnya, dia sendiri yang mengetahui dan merasai kesukaran hidupnya dan tidak memerlukan sesiapa untuk sebarang penjelasan atau pencerahan. Malah, penyanyi ini percaya masih berada disisi Tuhan walau apa jua pun kecaman dan kutukan yang diterimanya, dia masih lagi hamba Allah. Agak kelakar terdapat segelintir pihak yang mengakui alim dan beriman.
Aliff Aziz turut menasihati netizen untuk ‘cermin’ diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai sikap dan tingkahlaku orang lain. Malah, dia turut mempercayai segala aturan rezeki di tangan Tuhan dan jangan bertindak menghina orang lain.
Padam semua posting
Sementara itu, Aliff Aziz turut memadamkan kesemua posting yang pernah dimuatnaiknya sebelum ini di laman Instagram.
Sumber: Aliff Aziz