Setiap insan mempunyai laluan kehidupan berbeza-beza yang telah diaturkan oleh Allah swt dan tidak semua manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini diberikan kesenangan hidup. Ada juga dalam kalangan mereka yang diuji dengan menanggung keperitan hidup.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter, Akhi Fairuz menceritakan pengalamannya apabila berdepan dengan seorang bapa yang sedang kesempitan wang untuk membeli buku sekolah anaknya. Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya turut sebak mengenangkan nasib keluarga tersebut.
Mengalami masalah kewangan
Bila baca thread ni, teringat aku kisah bbrp minggu lepas.
Seorang lelaki, lewat 30 an, menyapa aku sebelum sempat masuk ke dalam rumah.
Anaknya turut bersama. Kedua mereka menaiki motor.
Sebaik helmet ditanggal, terlihat jelas wajah kesedihan.
Matanya kemerahan. https://t.co/0NklIR9S4h
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) January 19, 2020
Tak mampu bayar duit buku anak
Menceritakan kisah itu, saudara Fairuz memberitahu bahawa individu itu menebalkan muka dengan mengadu mengenai masalah kewangan yang dihadapinya dan dia tidak berkemampuan untuk membeli buku sekolah anaknya walaupun ianya hanya berharga RM30.
Mengalir air mata, tak tahan sebak
Bersimpati melihat keadaan dua beranak itu, dia kemudian telah menghulurkan wang sebanyak RM50 untuk meringankan beban mereka. Tidak dapat menahan sebak, individu itu terus mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima bantuan daripada saudara Fairuz. Tambah Fairuz lagi, dia sangat faham situasi yang dialami individu ini memandangkan dia juga pernah merasai hidup susah pada suatu ketika dahulu.
Bagi nombor pegawai JKM
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi