
Shila Amzah Tegas Tentang Budaya Buli & Penderaan – ‘Sudah Lama Dibuli, Saya Akan Bersuara’ @Shahrin
Penyanyi, Shila Amzah menyatakan pendirian tegas menentang budaya buli dan penderaan selepas mengakui pernah mengalami trauma akibat dibuli.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Seminit Pun Saya Rasa Sunyi’ – Shila Amzah Sifatkan Ubai Sebagai Pelindung Keluarga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Papa Nombor Satu’ – Shila Amzah Kongsi Keakraban Ubai MZ & Seth Uwais
Bersuara isu buli dan dera

Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata, pengalaman peribadi yang menyakitkan itu menjadikan dirinya lebih peka terhadap isu-isu melibatkan buli dan penderaan.
Saya sudah 25 tahun dalam industri, jika ada beberapa perkara yang saya rasa tidak kena, saya akan bersuara.
Saya tak suka kena buli sebab saya sudah lama dibuli. Jadi apabila ada hal melibatkan buli, memang saya pantang.
Dua perkara yang saya tidak boleh terima adalah buli dan ‘abuse’ (penderaan).
Shila berkata demikian ketika ditemui di konsert minggu kelima Raise The Star Malaysia yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam, baru-baru ini.
Sebagai selebriti yang dikenali ramai dan memiliki pengaruh besar, pelantun lagu Patah Seribu itu percaya tanggungjawab sosialnya adalah membantu mewujudkan kesedaran terhadap isu yang sering dipandang remeh ini.
Justeru, Shila menasihati mana-mana mangsa untuk menuntut keadilan dan jangan hanya terus berpeluk tubuh hidup dalam ketakutan.
Kenapa saya terpanggil untuk bercakap tentang isu ini disebabkan kerjaya saya sebagai penyanyi yang mana saya lihat mampu wujudkan satu ruang kesedaran dan selamat untuk mangsa yang takut tampil ke depan.
Saya mahu mereka yang berdepan masalah sama untuk berani menuntut keadilan walau dari sudut apa jenis buli yang mereka alami, mental, fizikal, lisan atau sebagainya. Buli tidak patut pun wujud.






![[VIDEO] ‘Allah Merestui Doa & Harapan Seorang Ibu’ – A Aida](https://asset.ohbulan.com/2026/09/azeva.jpg)
