
Meskipun sudah tidak lagi ditayangkan di pawagam namun, kehangatan filem ‘Blodd Brothers: Bara Naga’ masih lagi terasa.
Artikel Berkaitan: Anugerah Melodi Terhangat 2025 Kini Cecah 1 Juta Undian Selepas Hanya Tiga Hari
Sharnaaz, Syafiq & Zamarul berentap!

Masakan tidak, tiga pelakon daripada filem ini iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Zamarul Hisyam berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik bagi kategori Selebriti Maskulin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025).
Dominasi dan pencalonan itu sekaligus menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja berentap di layar perak malah akan berentap merebut anugerah tersebut.
Mempunyai aura dan kekuatan tersendiri, ketiga-tiga mereka bukan sahaja bersaing sesama sendiri namun perlu bersaing dengan barisan selebriti hebat yang lain seperti Fattah Amin, Remy Ishak, Dato’ Adi Putra, Datuk Rosyam Noor dan Faizal Hussein.
Siapakah yang akan dinobatkan sebagai selebriti paling maskulin? Segalanya terletak di tangan anda.
AMT2025
Jangan lupa untuk mengundi selebriti kegemaran anda di laman web www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar.
Daftar akaun Tonton anda dan langgan pelan TontonUP untuk membuka akses undian, langganan selama 1 bulan akan memberikan anda 500 undian, manakala langganan selama 3 bulan pula melayakkan anda menerima sehingga 2,500 undian, semudah itu sahaja!
Dan jangan lupa untuk saksikan detik penentunya di AMT2025 yang bakal bersiaran secara langsung di TV3 pada 3 Ogos ini.
Untuk info lanjut tentang barisan selebriti yang akan turut serta, aktiviti lokasi dan kejutan yang menanti, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

