Penyanyi Di Matamu, Sufian Suhaimi memulakan langkah dalam bidang keusahawanan apabila melancarkan produk bantal yang mengalunkan zikir. Baru sahaja di pasaran, Sufian dikritik netizen dan didakwa memperguna agama untuk kepentingan sendiri.
Tak faham zikir dilabel tunggang agama
Sufian memetik satu portal yang melaporkan dia dikecam di laman sosial kerana menunggang agama. Menurutnya, dia hanya mahu menyebarkan persekitaran positif kepada orang ramai. Oleh itu, dia tidak faham bagaimana alunan zikir, doa dan surah dituduh menunggang agama.
Guna suara, susunan muzik sendiri
Mungkin ada yang tak faham Zikir Pillow tu macam mana. I recorded my own voice and music arrangement for daily doa and learning tracks (contoh, ? ? ?) dan boleh play semua track dari bantal. https://t.co/jbffOsExsP
— Sufian Suhaimi (@sufiansuhaimi_) January 31, 2020
Sufian turut menjelaskan produknya itu menggunakan suara dan susunan muzik sendiri untuk bacaan doa harian serta pembelajaran mengenal huruf. Semuanya boleh dimainkan dengan bantal berkenaan.
Netizen setuju bukan macam tunggang agama
Sumber: Sufian Suhaimi