Masalah rumah tangga boleh menyebabkan kemurungan bagi seseorang. Kemurungan pula boleh membawa kepada tragedi bunuh diri jika tidak dibendung dari awal. Begitulah kisah yang dikongsi oleh Sir Kamarul melalui Twitter apabila seorang isteri dilaporkan telah membunuh diri pada bulan puasa sewaktu si suami sedang berbuka. Walaupun pada mulanya pihak polis berpendapat bahawa kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh, namun pihak pendakwa raya gagal membuktikan suspek iaitu si suami bersalah.
Isteri tergantung di atas kipas siling
Menurutnya, semasa kejadian si suami sedang berbuka puasa selepas si isteri masuk ke dalam bilik. Sejurus selepas itu, si suami terdengar bunyi sesuatu yang jatuh dari arah bilik. Pintu bilik pula dikunci dan memaksa si suami unutk memecahkan masuk pintu itu. Tambah mengejutkan, si suami menjumpai isterinya dalam keadaan tergantung di atas kipas. Ekoran kejadian itu, si suami bertindak menghubungi talian kecemasan.
Cuba lakukan CPR namun tiada respon
Semasa dalam talian, pihak perubatan mengarahkan si suami untuk melakukan CPR ke atas mangsa, namun mangsa masih tidak sedarkan diri. Suara si suami ketika menghubungi talian kecemasan dikatakan tenang dan tidak kelam kabut. Pada masa unit perubatan dan pihak polis tiba, mangsa disahkan meninggal dunia. Si suami memaklumkan bahawa mangsa telah menggantung diri pada kipas siling.
Polis lakukan siasatan
Pihak polis melakukan siasatan awal di tempat kejadian dan menghantar mayat mangsa ke hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Terdapat dua kemungkinan mangsa mati
Namun, pihak forensik mengatakan bahawa terdapat dua sebab yang berkemungkinan mangsa mati iaitu sama ada mangsa menggantung diri ataupun terdapat tekanan lain pada bahagian leher mangsa. Oleh sebab itu, pihak polis terus ke lokasi kejadian untuk lakukan siasatan.
Mangsa tidak dianggap mati bunuh diri
Kes bertukar kepada kes pembunuhan
Ujian darah suspek positif paracetamol
Suspek tiada motif untuk membunuh
Tiada unsur jenayah dilakukan suspek
Unsur jenayah tidak dapat dibuktikan
Suspek dilepaskan
Sumber: Sir Kamarul