
Pelakon, Bella Dowanna mengakui belum bersedia untuk membawakan karakter wanita Melayu terakhir atau gadis romantik dalam mana-mana naskhah buat masa sekarang.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Jadi Kuli Awak, Mana Duit Tak Habis?’ – Bella Dowanna Bidas Saidah Kamarudin
Watak wanita Melayu terakhir

Bella atau nama sebenar Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, berkata, dirinya belum cukup yakin untuk membawakan watak sedemikian disebabkan bentuk fizikalnya.
Saya tidak terkejar-kejar pun untuk bawakan watak utama dalam cerita-cerita cinta. Sebab saya tahu dengan fizikal saya yang sekarang, belum bersedia lagi.
Saya pernah mendapat tawaran untuk slot akasia, namun saya merasakan belum masanya. Fizikal dan mental saya belum ‘ready’, saya akan buat apabila sudah sedia.
Saya mungkin bersedia untuk watak itu (wanita Melayu terakhir) apabila sudah kurus nanti. Saya ketika ini masih dalam proses untuk menurunkan berat badan lagi.
Apabila saya sudah dapat target berat yang saya mahukan, insya-Allah saya boleh bawa watak sedemikian. Saya mahu turun lagi 10 kilogram.
Bella berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama terbitan VIU Malaysia, Abang Imam Minah Skuter yang berlangsung di Lumi Tropicana, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Mengulas mengenai watak Mardhiah dalam Abang Imam Minah Skuter, Bella mengakui karakter tersebut sangat dekat dengan dirinya.
Watak dalam drama ini memang seperti diri saya di dunia realiti. Jenis yang bercakap kasar dan sedikit lasak.
Ada sahaja jiwa lembut dalam diri, cuma kadang-kala tidak terlalu menonjol. Saya boleh bawa watak wanita Melayu terakhir cuma tidak sedekat watak yang lasak.
Selain Bella, Abang Imam Minah Skuter turut dibintangi Zarif Ghazzi, Zulin Aziz, Bella Hanna, Sharifah Rose, Marc Sadique, Amir Haikal, Khai Bahar, Usop Wilcha, Kazar Saisi, Acong Sweetchild dan Man Raja Lawak.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
