berita

Video Perjalanan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan Oleh Krew Kapal Terbang AirAsia

February 7th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Wabak koronavirus semakin menular dan membimbangkan orang ramai sehinggakan bintang filem seni mempertahankan diri, Jackie Chan turut sanggup menawarkan 1 juta Yuan (RM587,709) kepada sesiapa yang mampu menghasilkann penawar wabak ini.

Di sebalik hebahan media tentang beberapa individu yang telah berjangkit wabak ini, muncul hero yang dipertanggungjawabkan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China. Menerusi perkongsian video di Twitter Nazirar, memaparkan video abangnya yang merupakan salah seorang krew kapal terbang Air Asia yang diberi tanggungjawab untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan.

Krew & juruterbang pakai baju khas

Menerusi video tersebut merupakan situasi di mana mereka sedang mempersiapkan diri sebelum berlepas ke Wuhan untuk membawa pulang rakyat Malaysia. Kapal terbang khas itu juga dilengkapi beberapa alat perlindungan virus dan semua anak kapal diwajibkan untuk memakai baju khas sepanjang operasi itu.

Bawa pulang rakyat Malaysia

https://www.instagram.com/p/B8IEiCepHV4/

https://www.instagram.com/p/B8JX6r8J67Y/

107 rakyat Malaysia dibawa pulang

Menerusi laporan Berita Harian, pesawat khas tersebut membawa 133 individu termasuk 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya wilayah Hubei. Semua penumpang terbabit diarahkan untuk melalui tapisan kesihatan mengikut pihak penerbangan di Wuhan sebelum di bawa pulang ke Malaysia. Selepas selamat mendarat di KLIA, penumpang turut dibawa menggunakan bas khas dan di beri pemeriksaan lanjut.

Wira tak didendang

Rata-rata netizen mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew-krew yang terlibat kerana mengambil risiko yang begitu tinggi untuk membawa pulang ratusan rakyat Malaysia di Wuhan.

Sumber: NxdzmiNazirar, Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×